Risiko Am
Risiko Pengurusan Tabung
Pemilihan saham-saham yang akan membentuk aset bagi tabung unit amanah merupakan satu proses yang subjektif. Jenis saham yang dipilih oleh seorang pengurus portfolio mempunyai risiko turun naik yang berbeza berbanding portfolio yang dipilih oleh pengurus portfolio lain.
Risiko Pematuhan
Ketidak patuhan ke atas peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993 dan lain-lain peraturan yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Unit Amanah dan Surat Ikatan, mungkin akan memberi kesan ke atas wang pelabur.
Risiko Kecairan
Pelaburan yang mudah dikeluarkan mempunyai kecairan yang tinggi. Tabung unit amanah yang melabur dalam bon adalah terdedah kepada risiko kecairan yang rendah disebabkan oleh pasaran bon di Malaysia tidak secair pasaran saham. Oleh itu, tidak mudah untuk menjual dan membeli bon pada harga pasaran. Keadaan ini mungkin akan memberi kesan kepada kemampuan tabung untuk membayar balik pelabur apabila tabung unit amanah itu dibubarkan.
Risiko Inflasi / Risiko Penurunan Kuasa Membeli | Risiko Pembiayaan Pinjaman | |
Inflasi merupakan antara risiko utama kepada pelabur dalam jangka masa panjang di mana ia boleh mengakibatkan ketidakpastian terhadap nilai hadapan sesuatu pelaburan. Dalam suasana inflasi, sekiranya pulangan pelaburan lebih rendah daripada kadar inflasi, ianya akan menurunkan nilai sebenar pelaburan/kuasa membeli.
|
Melabur di dalam unit amanah melalui pinjaman lebih berisiko berbanding apabila menggunakan wang sendiri. Tabung unit amanah membuat pelaburan di dalam pasaran saham dan instrumen pasaran modal yang lain dan ini menyebabkan nilai unit-unit akan turun naik mengikut portfolionya. Apabila pasaran saham mencatat penurunan, pelabur terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk menampung margin pinjaman mereka. Begitu juga apabila kadar faedah meningkat, pelabur akan menanggung kos pinjaman yang tinggi seterusnya berkemungkinan mengalami kerugian modal pelaburan mereka.
|
Risiko Pelaburan
Risiko Pasaran Modal | Risiko Khusus / Risiko Saham | |
Pelabur perlu memahami bahawa tabung unit amanah adalah terdedah kepada turun-naik pasaran modal yang terdiri daripada pasaran saham dan lain-lain pasaran sekuriti. Pasaran modal dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi, pergerakan kadar faedah, prestasi pasaran modal antarabangsa dan polisi fiskal sesebuah negara.
Bagi tabung unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam pasaran ekuiti, prestasinya akan dipengaruhi oleh prestasi pertumbuhan ekonomi, prestasi pasaran saham antarabangsa dan polisi fiskal negara tersebut.
Bagi tabung unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, prestasinya akan dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah dan polisi fiskal.
|
Risiko khusus atau risiko saham merupakan risiko yang berkaitan dengan syarikat yang menerbitkan saham tersebut. Risiko ini berkait rapat dengan risiko pengurusan syarikat yang tidak cekap, perubahan kehendak pengguna, persaingan kempen pengiklanan, tindakan perundangan dan suasanan industri yang kompetitif.
|
No comments:
Post a Comment