Monday, 1 September 2014

Faedah Melabur Dalam Unit Amanah

Kepelbagaian

Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia memerlukan jumlah wang yang besar dan banyak. Pelaburan melalui tabung unit amanah membantu mengurangkan risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dengan modal yang kecil. Pelaburan ini dikumpulkan dan kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Dengan kepelbagaian pelaburan, risiko pelaburan dapat disebarkan.
Pengurus yang profesional

Berpeluang mendapat khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.



Pentadbiran yang mudah

Pentadbiran jual, beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang dibuat secara langsung oleh pelabur.
Kecairan

Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah mereka pada bila-bila masa dalam waktu perniagaan.
Berkemampuan untuk melabur

Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskan oleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah dapat menikmati pulangan daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah sekuriti yang sedikit sekiranya mereka melabur terus dalam pasaran saham.

No comments:

Post a Comment